Sunday, November 13, 2011

TEMUDUGA ASTO PDPA KULIM

Pada 3 Ogos 2011 bersamaan hari rabu, telah berlangsung satu sessi temuduga kali kedua bagi anggota2 JPAM Daerah Kulim. Temuduga tersebut telah diadakan untuk menilai dari segi kecekapan kerja2 yang telah dilakukan. sebelum ini sessi temuduga yang pertama telah dilangsungkan di Pejabat Negeri JPAM Kedah di WISMA PERSEKUTUAN Alor Setar. temuduga pertama ini telah diuju tahap fizikal dan mental anggota2 samada sihat tubuh badan ataupun tidak. semasa berlangsungnya kedua2 sessi temuduga ini, banyak cabaran yang telah ditempuhi oleh anggota2 tersebut. contohnya ketika sessi temuduga pertama, anggota2 telah diuji dengan berlari sejauh 15 pusingan(2.4km) parking kenderaan wisma dalam masa 12 minit bagi lelaki. manakala 13 minit bagi wanita. seterusnya ujian sit-up 30 kali dalam masa 1 minit, lompat katak sejauh yang mungkin mengikut ketetapan yang telah diberikan, dan yang terakhir berlari speed dari cone ke cone sebanyak 4 pusingan didalam masa 12 saat.

ketika sessi temuduga kedua yang berlangsung di PDPA Kulim, anggota2 telah diuji pula dengan teknik kerja menyelamat ataupun sebagainya mengikut spesifikasi-spesifikasi yang betul mengikut standard yang telah ditetapkan oleh jabatan. disini ingin penulis tunjukkan beberapa keping gambar sessi2 temuduga yang berlangsung di PDPA Kulim.




group temuduga 1 diuji oleh penemuduga KPL Affendi dan Staff Kanan Fadhil Fahmi




group temuduga 2 diuji oleh penemuduga KPL Affendi dan Staff Kanan Fadhil Fahmi















No comments:

Post a Comment