Sunday, November 13, 2011

LATIHAN BOT BAGI LANGKAH BERJAGA-JAGA MENGHADAPI BANJIR YANG AKAN BERLAKU SEKITAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN PADA TAHUN 2011

pada 9 Nov 2011 telah berlangsung satu aktivti perancangan segera iaitu aktiviti latihan bot bagi pemantapan semua anggota didalam aspek utk persediakan menghadapi banjir yang akan dijangka berlaku sekitar negeri Kedah. oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, satu latihan bot anggota PDPA Kulim yang diketuai oleh PPAD PPATK Mohd Fadhil Fahmi Bin Zaini utk memantapkan anggota-anggotanya telah dijalankan di kawasan pantai merdeka. aktiviti ini telah diberi pendedahan untuk anggota-anggota cekap mengendalikan bot dan menyelamat mangsa ketika berlakunya banjir. apa yang ingin dikatakan disini, aktivti ini telah berjaya membantu anggota-anggota yang terlibat mengendalikan bot tersebut dengan jayanya. 

ketika aktiviti berlangsung dari awal hingga akhir, telah membuatkan anggota-anggota bersemangat untuk bekerja bersama-sama. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... itulah peribahasa yang diberikan kepada anggota-anggota yang terlibat. bersemangat juang yang tinggi ketika menurunkan bot kedalam air dan setelah selesai aktiviti menaikan bot semula.
Jom kita sama2 melihat gambar2 kenangan.

bersantai sebelum memulakan latihan bot

sessi taklimat yang disampaikan oleh PPAD

mejamu selera sebelum latihan dimulakan

 
proses menurunkan bot yang pertama. semangat kerja sama antara anggota telah ditunjukkan.

proses menurunkan bot yang kedua.

kedua-dua bot telah berjaya diturunkan.

latihan pertama, water confidence @ keyakinan diri didalam air.

 walaupun letih, namun kecerian masih terpahat diwajah masing2

menumpu pada satu botol yang hanya sebagai hiburan untuk menceriakan semua.


p/s : harap maaf. gambar-gambar ketika pengendalian bot berlangsung tidak dapat dianbil kerana ketika aktiviti pengendalian bot, jurugambar/pro diarah oleh PPAD utk turut serta dalam aktiviti tersebut. oleh itu gambar tidak dapat diambil.. sekiranya anda kurang faham ayat-ayat yang disampaikan penulis ingin memohon maaf. terima kasih..

No comments:

Post a Comment